Sunday 9 December 2012

Cinta Agung

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Ar-Rum ayat 21)

Ayat 21 dalam surah Ar-Rum di atas menjelaskan dengan sejelas-jelasnya bahawa Allah S.W.T telah  menciptakan makhluk di dunia ini secara berpasang-pasangan, sama ada lelaki atau wanita, mahupun jantan atau betina supaya kita merasa tenang, aman dan tenteram. Dan Allah S.W.T mengurniakan pula perasaan sayang dan kasih kepada kita. Jadi, jangan risau jika anda dilamun cinta, kerana perasaan di lamun cinta itu adalah kurniaan daripada Allah kepada makhluk yang tahu berfikir akan kebesaran-Nya. 



Tak percaya?

Baik singkap balik kisah cinta Nabi Adam  dan Hawa. Pada mulanya Allah S.W.T mencipatakan Adam dan kemudian daripada tulang rusuk Adam diciptakan pula Hawa yakni pasangan kepada Adam. Allah S.W.T menganugerahkan fitrah kasih dan sayang di hati mereka supaya mereka dapat berkasih dan bersayang.  Jadi fitrah rasa kasih dan sayang itu adalah anugerah. Anugerah yang tak ternilai harganya tanda kasih Allah S.W.T terhadap hamba-hamba-Nya yang mahu berfikir dan bersyukur terhadap kebesaran-Nya.

Garis Panduan

Realiti cinta itu anugerah jangan pulak kita salah tafsir. Contoh:

LGBT
"Nak buat macam mana dah itu perasaan aku. Itu naluri aku. Aku tak dapat nak melawan".

Suka suami/orang
"Kami sama-sama mencintai. Kami rela hidup bergelumang dosa macam ni. Cinta kami terlalu agung."

KEPALA BANA!

Yang salah itu tetap salah. Tak boleh nak betulkan. Surah Ar-rum di atas menjelaskan dengan sejelas-jelasnya bahawa kita ni dijadikan berpasang-pasangan. Tiada istilah gay, lesbian, etc.

Kenapa yang salah selalu nampak indah, syok dan best?

Apabila Iblis diusir dari langit kerana enggan sujud kepada kepada Nabi Adam maka, Iblis Laknatullah ini telah berjanji:

Iblis berkata: 'Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperindahkan (segala jenis kemungkaran) kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya." (al-Hijr 15: 39)

Kalau tak faham ayat kat atas sila hentak kepala laju-laju di dinding konkrit.

Cinta Agung

Apa rukun Islam yang pertama?

Mengucap dua kalimah syahadah kan? Errrr, ye ke mengucap dua kalimah syahadah?? Ok yang ini siapa tak tahu jangan mengaku diri itu Islam. 

"Aku bersaksi bahawa Tiada tuhan (yang layak disembah) kecuali Allah (sahaja), dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu utusan Allah"

Sebagai seorang Muslim, itu janji dan ikrar pertama kita. Jelas?

Maka kita perlu meletakkan cinta teragung kita kepada itu dahulu sebelum bergolok gadai kepada yang lain. 

Daripada Anas b. Malik, daripada Nabi S.A.W telah bersabda:

Seseorang kamu tidak beriman (masih tidak sempurna Iman) sehingga Allah dan Rasul-NYA lebih disayanginya (dicintainya) daripada apa yang selain kedua-dua itu (Allah dan Rasul-NYA). 

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Jadi, jomlah ramai-ramai kita gapai CINTA AGUNG YANG TERAGUNG  sebelum gundah gelana memikirkan pada yang tak pasti (perli diri sendiri). 


p/s: Jangan gundah gulana kalau cinta tak berbalas sebabnya kita ada Allah yang pasti akan membalas cinta kita kepada-Nya dengan kurnia berlipat kali ganda. Dan kalau kita mencintai Rasulallah maka diakhirat nanti pasti kita dapat syafaat yang lebih besar. Itu yang pasti (pesan kepada diri sendiri).








0 comments:

Post a Comment